Fitness

6 Tips Membakar Lemak Untuk Pemalas

Masalah lemak badan buat u’all hilang keyakinan diri? Well firstly, lemak-lemak berlebihan tersimpan di dalam badan u’all sebab u’all tak lakukan aktiviti yang bantu hilangkan lemak! Jom kita baca senarai tip khas di bawah sama-sama untuk kurangkan lemak badan.

www.askideas.com

TIP #1 HIDUP ALA-ALA MUZIKAL

themetapicture.com

themetapicture.com

Bayangkan hidup u’all ni satu filem muzikal. Contohnya bila u’all nak pergi toilet, janganlah jalan macam biasa tetapi cubalah terapkan tarian-tarian raver, shuffle atau moonwalk sambil melakukan aktiviti seharian.  Meningkatkan pergerakkan seharian, dapat tingkatkan metabolisma badan.  Cuba ye!

TIP #2 GELAK TAK PASAL-PASAL

giphy

giphy.com

Menurut sains, bila u’all gelak, jantung akan berdegup dengan lebih pantas dan ini akan membantu proses pembakaran kalori.  Katanya lagi kalau u’all gelak 15 minit sehari u’all boleh bakar 10-40 kalori (bergantung pada berat badan). Hehe.

TIP #3 PINDAHLAH KE ICELAND

giphy (1)

giphy.com

Ye! Wa bukan cakap suka hati wa. Sains kata kalau u’all selalu lepak kat tempat yang sejuk nak mampus u’all dapat tingkatkan metabolisma badan u’all sehingga 20% Wow gempaknya!

TIP #4 KERAP MEMBEDAL MAKANAN

giphy (2)

giphy.com

Lek… Bacalah sampai habis dulu! Saintis dah buat research kalau u’all makan selalu, tapi dalam jumlah yang sikit ia dapat membuatkan sistem metabolisma u’all lebih aktif. Betulah! Ni sains tau bro!

TIP #5 BAYANGKAN MUSIM SEJUK

giphy (3)

giphy.com

Ya! Bayangkan musim sejuk di Malaysia. Kenakan pakaian-pakaian yang boleh memanaskan badan korang seolah-olah anda akan ke kutub utara. Lepas tu pergilah naik basikal ke Masjid Jamek di waktu lunch!  Berada dalam keadaan panas dapat meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 20%. Yeah!

TIP #6 CILIKAN MULUT U’ALL!

giphy (4)

giphy.com

Sesiapa yang pernah cakap “aku cili mulut ko kang” kat u’all sebenarnya ada niat baik. Sebab dia nak tolong korang buang lemak! Sebab makanan pedas dapat membantu meningkatkan metabolisma sebanyak 50%. Tapi korang carilah makanan pedas yang rendah lemak ye. Jangan masuk cili je, tu bodoh namanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top